Assalamualaikum....
Sudah berhari-hari hampir semua kerja aku habis tergendala, hari ini baru ada mood nak tulis blog ni (macam nak berlakon drama Safa&Marwah lak kene ada mood) dan sudah berjinak-jinak untuk memulakan kerja yang yang sudah lama aku tinggalkan (bukan tulis blog da) ... Biasela lumrah hidup manusia. Tidak lekang daripada ditimpa masalah samada sekecil kuman mahupun sebesar ikan paus (yang besar daripada tu tak tawla).. Itulah dinamakan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menguji ketaatan kita kepadaNya..
Jikalau tiada dugaan daripada Allah ni, manelah kita nak taw samada orang tu benar2 beriman kepada Allah atau pun sebaliknya. Namun, kita harus ingat bahawa ujian yang diturunkan kepada kita ini bukannya tanda benci Allah kepada kita malah merupakan tanda sayangnya Allah kepada kita. Oleh itu, kita haruslah tabah dalam menghadapi dugaan Allah ni samada dalam bentuk kesusahan mahupun dalam bentuk kesenangan..
Beberape hari lepas, aku pergila bertandang kat sekolah lame aku tu (lebih dikenali PC2).. Hajat yang sebenarnya untuk jumpe dengan Ustzah Hasmani. Die merupakan tulang belakang aku sepanjang aku berada di SESTER.. Die banyakla tolong aku dalam pelbagai bentuk sumbangan.. Namun, hajat aku tidak kesampaian kerana mase aku nk jumpe die tu, die lak takde.. Nak buat macam mane dah takde rezeki..
Sebelum tu, aku pergila join dengan membe2 aku yang tengah jumpe kaunselor (lebih dikenali Mama Azizah) untuk mengetahui hala tuju mereka selepas SPM.. Sebaik sampai di satu sudut, aku pun terus duduk dan terdiam seketika.. Orang lain melihat kedatangan aku ni berasa pelik.. Mungkin ada yang tertanya2 siapakah aku ni.. Disebabkan aku pindah sekolah mase Form4 dulu, mungkin ada yang mengenali dan ada yang tidak mengenali aku.. Untuk membuatkan keadaan tidak menjadi agak sunyi disebabkan kedatangan aku (cis! berlagak macam YB lak), aku pun cuba berborak dengan membe aku bernama Lokmaan dan bertanyakan tentang keputusan SPM die..
Pada sesi perjumpaan aku dengan Mama Azizah, banyak soalan yang telah diajukan kepadanya.. Aku pun nak taw gak halatuju aku selepas SPM kerana result SPM aku pun tak berape nak baik gak.. Pada permulaan sesi, membe aku bernama Muhammad memperkenalkan aku ni kepada Mama Azizah yang aku bekas pelajar sekolah ni.. Selepas itu, sesi pun bermula..
Die pun menanyakan apakah kos yang aku nak ambik?.. Aku gitawla engineering.. Lepas tu, die mencadangkan untuk aku ambik kejuruteraan mekatronik.. Lepas tu lak, die menanyakan apakah pilihan pertama aku dalam upu.. Aku jawabla aeronautik.. Jawapan itu membuatkan die terkejut dan die terus memberitahu kepada Cikgu Rosli.. " Li, ado budok kito nok ambik aeronautik".. "Lepas ni kito boleh naikla kapal terbang free".. Kata-katanya membuatkan tergelak di dalam hati.. Rupe2nye masih ada cikgu kat sekolah aku masih berbangga dengan pencapaian anak muridnya walaupun resultnye tak seberape..
Begitula al-kisah aku yang memang tak seberape nak menarik semasa aku bertandang ke sekolah lame.. Anyway, aku harus bersyukur dengan ape yang aku peroleh walaupun ia hanye sedikit.. Jika hendak dibandingkan mungkin ada lagi yang orang yang tidak mempunyai tuah seperti aku walaupun tuah aku ni sedikit.. Maybe, rezeki aku di tempat lain bukan di situ..
haha gud lak bro
BalasPadamamikla bidang network engineering. keje banyak. nak masuk apa-apa company pun senang. bank pun boleh masuk.
BalasPadammekasih daun keladi di atas nasihat2 yang bernas dan sokongan yang diberikan...
BalasPadam