Pekerjaan itu merupkan salah satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya... Dalam pandangan Islam, bekerja merupakan suatu tugas yang mulia, yang akan membawa diri seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT mahupun di mata kaumnya. Oleh sebab itulah, Islam menegaskan bahawa bekerja merupakan sehuah kewajiban yang setingkat dengan Ibadah. Orang yang bekerja akan mendapat pahala sebagaimana orang beribadah. Lantaran manusia yang mahu bekerja dan berusaha keras untuk menghidupi diri sendiri dan keluarganya, akan dengan sendirinya hidup tenteram dan damai dalam masyarakat . Sedangkan dalam pandangan Allah SWT, seorang pekerja keras di jalan yang diredhai Allah tentu lebih utama berbanding orang yang hanya melakukan ibadah (berdo’a saja misalnya), tanpa mahu bekerja dan berusaha, sehingga hidupnya melarat penuh kemiskinan.
Namun, dalam era globalisasi ini kebanyakan pemuda-pemudi di negara kita ini mengalami masalah pengangguran.. Entah mengapa mereka mengalami masalah ini. Mungkin mereka belum ada rezeki lagi untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan . Oleh itu, aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. Beberapa hari lepas, aku telah ditawarkan oleh seorang kawan aku untuk bekerja di tempat dia bekerja... Mungkin inilah rahmat dan rezeki buat aku untuk lari dari dunia kebosanan aku dan melakukan perkara yang berfaedah yang akan memberikan hasil kepada diriku jugak. Inilah first time aku bekerja dengan orang dan mendapat gaji sendiri.
Aku bekerja di sebuah kilang roti yang agaklah jauh dari rumah aku. Mase mula-mula aku start bekerja di kilang tu, kerja yang pertama yang aku disuruh buat ialah packing roti yang sudah siap dibakar. Memang agak kekok untuk aku packing roti sampi2 pekerja kat situ (orang Mynmar) tertawakan kelakuan aku yang tak pandai nak packing roti. Namun, kawan aku menyuruh aku untuk mengendahkan ejekan diorang. Biasala aku orang baru kat situ tambahan pulak budak yang baru belajar. Seperti orang tua-tua kite berpantun..
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan,,,
Setelah seminggu aku bekerja kat situ, rasa kekok tu untuk membuat kerja kat kilang tu takla lagi dengan tunjuk ajar pekerja-pekerja lama yang sudah berpengalaman dengan kerja-kerja kat situ.. Ini membuatkan kerja-kerja aku bertambah lancar. Sekarang ni plak untuk aku belajar melayan karenah orang Mynmar. Sesetengah orang dalam kalangan mereka ada yang berperangai tak bagus. Apapun aku seronok dapat berkawan dengan diorang.
Nilah dikatakan pengalaman bekerja.. Apapun soryla jika ada yang terkurang atau terlebih kerana aku hanya manusia biasa yang baru menjink-jinak dalam blog ni.. hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan