Jom HEBOooH

Jumaat, 18 Mac 2011

Salah faham..!!

Assalamualaikum...

      Suatu hari, aku tergesa-gesala nak balik umah.. Bile aku dah sampai kat kawasan perumahan, aku pun terus naik lif untuk ke tingkat dua. Lepas tu, bile pintu lif terbuka secara automatiknya aku pun terus keluar tanpa melihat keadaan sekeliling aku tu dan terus menuju ke rumah aku. Bile dah kat depan pintu, aku pun cuba membuka pintu tetapi tak boleh kerana pintu berkunci.. Aku pun berasa hairan, kemana keluarga aku pergi lalu aku pun mengeluarkan handSet aku yang tidaklah semahal telefon blacberry untuk menanyakan kemana mereka pergi.. Belum sempat aku berbuat demikian, aku baru perasan yang aku dah tersalah umah bile aku nampak nama yang tergantung di pintu rumah tu bukan nama abah aku tetapi nama "NORDIN".. Mase tu aku berada di tingkat satu, kurang setingkat dari rumah aku.. Aih!! Nordin nordin!! Nasib baik pintu rumah die berkunci .. Kalau tak nanti aku tuduh mencuri atau cubaan untuk merogol anak dara die.. Ni baru mukaddimah belum isi lagi.. Panjang betul mukaddimahnye, isinye belum tentu lagi.. Kalau nak taw ape isinye sama-samalah kite bace..  Menarik ke tak citer ni andala yang menetukannyer..

      Berdasarkan perisitiwa tu, aku mendapat idea untuk menulis entri aku pada kali ni tentang orang yang salah faham.. Mungkin orang ni takkan faham sampai bile-bile. Membuatkan aku jadi lebih tak faham dengan perangai die. Nasib-nasib!!

      Ketika sedang melepak dengan members aku kat dalam sebuah bilik sambil melakukan tugas agak penting pada ketika itu.. Tibe-tibe , salah seorang membe aku ni mengambil handset secara senyap-senyap.. Aku tak kisah pun die nak buat ape dengan handset aku ni .. Biasela handset murah, ambik terus pun tak kisah mane pun.. Yang membuatkan aku tidak menyangka-nyangka dengan tingkah-laku die bile die hantar mesej palsu kat kawan perempuan aku sekaligus menimbukan salah faham antara aku dengan kawan perempuan aku ni... Mesej ape aku pun tak taw. Ape nak jadi ?? Dah memang nasib..

      Pada mulanye aku pun tak taw tentang mesej palsu sehingga masuklah mesej yang berbunyi macam ni " kau sape nk ganggu aku.. aku tak penah pun ganggu org tapi nape kau ganggu aku".. aku ingatkan aku ada buat salah dengan die sampai die nk benci dengan aku camtu tapi aku tak puas lalu aku balas mesej die yang bebunyi camni plak " bile mase plak aku ganggu kau. Kalau aku ada buat salah aku mintak maaf banyak-banyak".. Start daripada peristiwa tu, aku baru taw yang membe aku telah menganiaya aku.. Untuk membuatkan keadaan tidak menjadi bertambah teruk di atas insiden tu, aku try la explain kat die tentang perkara yang sebenar.. Aku bgtawla yang membe aku sorang ni yang hantar mesej kat die tapi aku tak gitaw nama membe aku ni kat die.. Taknak cemarkan nama membe aku kat die..

      Namun, usaha aku ni hanyala sia-sia dan tidak berhasil.. Macam orang tua cakap "bagai mencurah air ke daun keladi".. Die enggak percaya dengan omongan gue.. Terpulangla kat die nak percaya atau tak. Yang penting aku da explain tentang perkara sebenar.. Mungkin die tengok aku die ingat aku ni jenis tak boleh dipercayai atau sebaliknye...
 Anyway, terserah pada si die untuk menentukan segala-segalanye kerana segala-segala di hujung jari..

Jumaat, 4 Mac 2011

Kerja oh kerje..

     Pekerjaan itu merupkan salah satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya... Dalam pandangan Islam, bekerja merupakan suatu tugas yang mulia, yang akan membawa diri seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT mahupun di mata kaumnya. Oleh sebab itulah, Islam menegaskan bahawa bekerja merupakan sehuah kewajiban yang setingkat dengan Ibadah. Orang yang bekerja akan mendapat pahala sebagaimana orang beribadah. Lantaran manusia yang mahu bekerja dan berusaha keras untuk menghidupi diri sendiri dan keluarganya, akan dengan sendirinya hidup tenteram dan damai dalam masyarakat . Sedangkan dalam pandangan Allah SWT, seorang pekerja keras di jalan yang diredhai Allah tentu lebih utama berbanding orang yang hanya melakukan ibadah (berdo’a saja misalnya), tanpa mahu bekerja dan berusaha, sehingga hidupnya melarat penuh kemiskinan.

       Namun, dalam era globalisasi ini kebanyakan pemuda-pemudi di negara kita ini mengalami masalah pengangguran.. Entah mengapa mereka mengalami masalah ini. Mungkin mereka belum ada rezeki lagi untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan  . Oleh itu, aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. Beberapa hari lepas, aku telah ditawarkan oleh seorang kawan aku untuk bekerja di tempat dia bekerja... Mungkin inilah rahmat dan rezeki buat aku untuk lari dari dunia kebosanan aku dan melakukan perkara yang berfaedah yang akan memberikan hasil kepada diriku jugak. Inilah first time aku bekerja dengan orang dan mendapat gaji sendiri.

      Aku bekerja di sebuah kilang roti yang agaklah jauh dari rumah aku. Mase mula-mula aku start bekerja di kilang tu, kerja yang pertama yang aku disuruh buat ialah packing roti yang sudah siap dibakar. Memang agak kekok untuk aku packing roti sampi2 pekerja kat situ (orang Mynmar) tertawakan kelakuan aku yang tak pandai nak packing roti. Namun, kawan aku menyuruh aku untuk mengendahkan ejekan diorang. Biasala aku orang baru kat situ tambahan pulak budak yang baru belajar. Seperti orang tua-tua kite berpantun..

         buah cempedak di luar pagar,
         ambil galah tolong jolokkan,
         saya budak baru belajar,
         kalau salah tolong tunjukkan,,,

      Setelah seminggu aku bekerja kat situ, rasa kekok tu untuk membuat kerja kat kilang tu takla lagi dengan tunjuk ajar pekerja-pekerja lama yang sudah berpengalaman dengan kerja-kerja kat situ.. Ini membuatkan kerja-kerja aku bertambah lancar. Sekarang ni plak untuk aku belajar melayan karenah orang Mynmar. Sesetengah orang dalam kalangan mereka ada yang berperangai tak bagus. Apapun aku seronok dapat berkawan dengan diorang.

      Nilah dikatakan pengalaman bekerja.. Apapun soryla jika ada yang terkurang atau terlebih kerana aku hanya manusia biasa yang baru menjink-jinak dalam blog ni.. hahaha