Jom HEBOooH

Khamis, 10 Februari 2011

TINGKAP

Assalamualaikum......
    Pada permulaan entri aku ni, aku nak menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku mengenai "TINGKAP'.....Ia agak melucukanlah... Cerita ini berlaku pada zaman aku sekolah dulu la....Time tu waktu malam mase aku ambik SPM...
   
    Cerita ini bermula begini...
Ketika aku sedang asyik mentelaah pelajaran bersama-sama member2 aku (Adib & Amir) kat dalam bilik (bkn study sgt, main je lbh}... Tibe2 pintu bilik aku cuba dibuka oleh seseorang yang aku tak pasti siapakah die... Disebabkan pintu bilik aku susah untuk dibuka lalu orang tu pun mengetuk pintu aku beberapa kali dan terdiam seketika... Namun, dalam fikiran aku, aku ingat orang yang ketuk pintu bilik aku tu member aku jugak (Maffuz)...
  
    Tanpa soal selidik dan berfikir panjang... Dengan selambernye aku pun terus mempelawa orang tu masuk ke dalam bilik aku dengan berkata "masuklah!!!! Ikut tingkap"....  Tibe2 aku dan member2 aku terdengar suara yang memang cukup kitorang kenali... Orang tu berkata " Sekehkan!!! Masuk ikut tingkap"... Kitorang pun menjadi kelam-kabut untuk menyembunyikan barang terlarang (handset) daripada orang tu... Rupa-rupanye orang tu ialah Cikgu Jat (Warden asrama).

    Dengan memberanikan diri, aku pun membuka pintuk bilik.... Setelah membuka buka pintu aku pun terus merenung muka Cikgu Jat yang agak marah dengan penuh perasaan berdebar (takut kene marahla ni).... Tiba-tiba secebis senyuman terukir di wajah Cikgu Jat melihat gelagat dan kerenah kitorang yang agak kelam kabut apabila die datang... Aku pun menarik nafas lega bila melihat Cikgu Jat tersenyum (selamat dari dimarahi.. hahaha)... Sebelum Cikgu Jat pergi meninggalkan bilik aku untuk mengagihkan nota sejarah kepada pelajar lain...Aku sempat minta maaf takut-takut die ada terasa hati dengan kejadian tadi.. Ape pun itu pengalaman aku mase dibangku sekolah dulu...

3 ulasan: