Pada hari Khamis bertarikh 17 februari, aku dipelawala oleh Ammar untuk pergi ke kampung die.. Inilah dikatakan satu rahmat kepada aku untuk lari dari dunia kebosanan aku yang takde keje sehingga menghabiskan duit mak bapak aku (tak patut2).. sekaligus dapat menimba pengalaman bile berada di kampung yang memang terkenal dengan kampung nelayan..
Aku bersama-sama sekutu aku iaitu Ammar punye abang(leader), Ammar(asistant), Afnas ke Pengkalan Kuala Besar untuk menaiki moto(motobot la) untuk merentasi lautan biru ke Pulau Kg. Suri.. Kami tiba di sana pada waktu malam.... Pengalaman yang dapat aku timba memang tidak boleh dinafikan lah.. memang cukup berbaloi la aku pergi sana...
Pengalaman pertama mase aku berada di sana ialah dapat merasakan bagaimana susah senang kehidupan nelayan dan keluarganye... Nelayan sanggup meredah lautan yang penuh bahaya untuk mencari sesuap nasi untuk anak isteri mereka.. Lagipun nelayan di sana memang mesra orangnye tambah2 lagi pok sedara Ammar sekeluarga...
Pengalaman kedua aku plak ialah dapat cuba mengail ikan... Memang susah la nak dapat ikan seekor walaupun aku pernah memenangi Pertandingan Memancing Hari Guru di sekolah.. Johan beb!!! Ni baru memancing tapi tak dapat ikan jugak.. Kalau jadi nelayan lak macam la nasib anak2 kite di rumah.. Oleh itu, kita haruslah berterima kasih kepada ibu bapa kite yang memberi kite makan dan tempat tinggal..
Pengalaman ketiga ialah bile nak pegi masjid untuk sembahyang Jumaat.. Aku dengan sekutu aku pergi masjid menaiki moto.. Inila first time aku naik moto pergi masjid.. kebiasaannye naik kereta dengan ayah aku pergi masjid... Sambil2 tu dapat gak aku menikmati keindahan panorama di sekitar Pulau Kg. Suri...
Setakat ni yang dapat aku kongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman aku di Pulau Kg. Suri.. Jika ada kekurangan harap dimaafkan lah...
Bile kite berkhayal macam-macam kite boleh buat citer sampaikan boleh buat filem box office.. hahaha.. Tapi itu khayalan je macam angan-angan Mat Jenin lerr..
Sabtu, 26 Februari 2011
Khamis, 10 Februari 2011
TINGKAP
Pada permulaan entri aku ni, aku nak menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku mengenai "TINGKAP'.....Ia agak melucukanlah... Cerita ini berlaku pada zaman aku sekolah dulu la....Time tu waktu malam mase aku ambik SPM...
Cerita ini bermula begini...
Ketika aku sedang asyik mentelaah pelajaran bersama-sama member2 aku (Adib & Amir) kat dalam bilik (bkn study sgt, main je lbh}... Tibe2 pintu bilik aku cuba dibuka oleh seseorang yang aku tak pasti siapakah die... Disebabkan pintu bilik aku susah untuk dibuka lalu orang tu pun mengetuk pintu aku beberapa kali dan terdiam seketika... Namun, dalam fikiran aku, aku ingat orang yang ketuk pintu bilik aku tu member aku jugak (Maffuz)...
Tanpa soal selidik dan berfikir panjang... Dengan selambernye aku pun terus mempelawa orang tu masuk ke dalam bilik aku dengan berkata "masuklah!!!! Ikut tingkap".... Tibe2 aku dan member2 aku terdengar suara yang memang cukup kitorang kenali... Orang tu berkata " Sekehkan!!! Masuk ikut tingkap"... Kitorang pun menjadi kelam-kabut untuk menyembunyikan barang terlarang (handset) daripada orang tu... Rupa-rupanye orang tu ialah Cikgu Jat (Warden asrama).
Dengan memberanikan diri, aku pun membuka pintuk bilik.... Setelah membuka buka pintu aku pun terus merenung muka Cikgu Jat yang agak marah dengan penuh perasaan berdebar (takut kene marahla ni).... Tiba-tiba secebis senyuman terukir di wajah Cikgu Jat melihat gelagat dan kerenah kitorang yang agak kelam kabut apabila die datang... Aku pun menarik nafas lega bila melihat Cikgu Jat tersenyum (selamat dari dimarahi.. hahaha)... Sebelum Cikgu Jat pergi meninggalkan bilik aku untuk mengagihkan nota sejarah kepada pelajar lain...Aku sempat minta maaf takut-takut die ada terasa hati dengan kejadian tadi.. Ape pun itu pengalaman aku mase dibangku sekolah dulu...
Langgan:
Catatan (Atom)